Friday, October 22, 2010

pantai putri melaka...

salam...

jika melihat pada tajuk entry nih, pastinya nak cerita pasal pantai,,,
kat melaka ni ada satu pantai yang masih bersih,,, walaupun aku penah pegi kul 7 pagi,, sampai2 je aku dah tgk pak cik n makcik yang sapu sampah atau sisa2 yang di tinggalkan dek pemancing2 tu dah siap buat keje,,, aku seronok membawa anak2 p sana... aku akan ke sana tiap kali aku tak balik ke selayang atau gemas,,, kerna aku merasakan ini lah waktu paling ber kualiti ,, aku rasakan aku lebih mesra dengan anak2,.. ahaksss...
so aku akan masak selepas subuh dan bawak segala macam pe rsiapan,, aku siapkan tikar, air teh-o panas dalam termos, air kosong, cawan, sudu n piring,,, kadang2 anak2 bawak sekali bola2 diorg... sbb selepas makan diorang akan M.A.N.D.I... haaa tu lah deh,, sib baik lah pantai ni bersih lagi,, haa jarak tang umah aku 5 km je,, tapi kalau ikut jlan pintas mungkin 1 km je,, dah jalan belit2 kannnn,,, ahahahaha
er,,, muhd kacau plakkkkkkkkkkkkkk........
m emacam nak story nih,,,, hieshhh
oklah nnt dia da tido aku try sambung aaaa,, kot tak,, esok2 ajo laaaa
k, wassalam

Thursday, October 21, 2010

hari ini melaka maju 2010

salam.. warna warni ini hari,, huauahuahua
malam tadi tgk bola klamtan vs kedah,,, tgk separuh masa ptama jeh,, sapo monang ntah,,, kosong2 kot.. pasalnya malam tadi udah tido awal.. 
semalam seharian aku tak membuka intenet n semalam lah jugak aku bjaya meng clear kan ruang tamu umah den,, kemain licin llimpeh tanpa kain baju menggunung atas coffe table,, hahaha.. marilah saksikan ruang tamu den yang kocik nih,,, bertambah kaocik kalau bersepah,, ni dah clear,,, kot tak kan atas meja tu akan bertimbunnnn kain baju,,bukan maleh tapi si muhd ni kalau tgk aku duduk2 melipat baju ni mula lah mintak di pangku n keluarlah ayat eh,, "bu,nak nen"..erm takkan jadi kojo den doh.. haa meh layan gambar dulu yekkk...





 haaa,,, sebenarnya semalam jugak adalah start ok nya aku tang demam selsema batuk ,,, sebelum tu mmg tak buleh nak buek apo,,, berbayang2 jo kalau berdiri atau buat keje,, tak buleh nak buek kojo lebih,, makanya aku pun biarkan umah ,,, bersepah tahap gaban,, hahahahaha,,, bawak diri lah ye anak2...
oh ya,, entry aku tajuk eh melaka maju,,, so KM melaka telah memberi cuti satu hari sempena event nih,, melaka maju di umumkan pada jam 2010 @ 8.10 malam bersamaan 20hb 10 tahun 2010... haaa best kan tarikh eh,, kalau sesapa nak bsalin pada tarikh ni best jugak,, tapi apo kan dayo puan awin.... dah terlepas lah pulak tarikh nya ye,,, hehehehe
erm,,, aku baru melihat gambar2 dari IFF@islamic fashion festival,, apo ko gamaknya islamic eh tu??? adoiii anak aku si amirah pun tahu,, basic berpakaian dlm islam macam mana,,,takdo lah terdodah belakang tu deh,,, dia pakai seluar singkat pun dia tahu takleh nak pakai luar rumah,,, adoii aihh sesapo yg ghaso ni gambar2 ni islamic.... sendiri mau ingatlah ye,,
erm,,oklah,,, tak mau aku blog aku di tinted dengan gambar2 tak senonoh konon2 islamic nih,, oklah mau p masak,, mau masak yg terbaik utk anak2 n suami,,k...jmpa lagi,,
wassalam

Wednesday, October 6, 2010

sy mesti ISTIQAMAH

salam sayang buat semua,,, cheeee wahhh..
sebetulnya,,, Assalamualaikum buat semua pembaca (macam ramai jeh)
mana nak start dulu ni eh,,, ghasanya start dulu dengan yang berkait rapat ngan tajuk kali ni iaitu istiqamah,,,
aku sudah berjanji pada diri ku sendiri bahawa macam mana pun kami sekeluarga mesti solat berjemaah,,, dah hari ni adalah hari yang ke 3 kami semua sekali solat bersama.. aku merasa amat mencemburui beberapa sahabat2 jqaf yang anak2 mereka sebaya dengan amirah,, sudah solat sendiri, buleh membaca Al-Quran,, bukan lagi seperti amirah yang masih di IQRA' ... Ya Allah, aku ingin sekali membesarkan amirah serta anak2 yang lain dengan segala ilmu Mu Ya Allah,,, 
aku kejutkan amirah pada seawal jam 6 pagi,,, aku kena pastikan diriku bangun seawal yang mungkin. dan selalunya aku menyuruh dia mandi sendiri untuk ke sekolah tapi kali ni aku yang mandikan kerana aku juga merasa aku patut memberi galakan padanya,,, aku gosokkan giginya n mandikan ,,serta mengajarnya cara yang sebenar utk mengambil wuduk,, yang aku merasa gembira apabila dia turut mengajar pula kepada luqman cara mengambil wuduk dengan lebih sempurna,, tapi budak2,,, tau aje leee... 
kemudian baru aku kejutkan ayahnya pula,, bukan apa kalau ayahnya yang siap dulu nnt jenuh nak tgu dia bersiap,,, ups tetibo golap plak umah den,,,takdo letrik,,,, aduhaiii...eh baru aku teringat,, kesian pada anak2 org taman ni yang tengah amik pmr,, diorg nak study lagi,,,  siang tadi dah 2 jam takkan nak 2 jam jugak mlam nih,, maun melalak2 bebudak kang nih,,ok sambung balik,,, pada waktu zohor n asar kami anak beranak akan solat tanpa ayah yakni suami aku kalau dia tak pulang pada waktu rehat,, kemudian aku akan menyemak bacaan amirah pada waktu maghrib dan aku meletakkan syarat,, setiap muka surat takleh dah ulang lebih dr 3 kli,, kalau lebih dari 3 kali kena catat "ulang" pada page tersebut,,, akan di denda,, denda apa??? rahsiaaa.. ahaksss


jam 11.32 tghari,, (hmpir tengahri laaa) hari rabu
entry terpksa di smbung pd hr yang lain sbb semlm jam 11.10 mlm br ada letrik... so sebelum tu intenet xdok,,, streamyx xbernyawa sbb xdo karan... hihihihhi
mako eh,,,, biar ajo la blog ni tergntung,, ni pun xtau da nk tulis apa,,, mintak2 eh jgn lah TNB buat lagu ni lagi nooo... aku try tido kt lntai sbb panas tapi nyamuk lak bnyk,,, tido lam kelambu,, aduhhh berpeluh2 den,, tp mato dah ngntuk,, paneh2 pun lolap yo... hahahaha
oklah,,, mau melayari dapur2u... utk top up kredit,,, baki kredit ada lg rm23 tapi xleh wat kol sbb airtime tamat,, kang top up rm30.... nnt sampi airtime tamat mesti bnyk ni jugk belen eh,,,, jarang guna,,, 
klah,,, mau baca paper, bukak facebook,, dr tadi duk sibuk kul 11 lebih br dpt nk bukak lptop nih,, 
k,, wassalam

Saturday, October 2, 2010

membersihkan sarang labah2 di blog den nihhh

salam semua.... ya ampun,, amatlah lama tidak meng update blog,,, rumah kalau tinggal lamo2 pun ponoh dah ngan abuk2... tepi2 dinding banyak je habuk2 hitam yang terkumpul... erm bukan apa pun,,, xcelli kebelakangn ni agak sibuk diri den nih,,, kena plak ter addicted ngan korean drama online nih,,, so kalau dah takdo nak buek apo2 den akan melepak kek situ laaaa
baru2 ni aku agak tidak serupa org lain idup den,,, rumah yang kelam kabut sikit pun aku tak rasa sibut,,, pinggan aku tak basuh,,, lantak je atas meja, dlm sinki,,,,, kain baju tak berbasuh,,,,enggunung tinggi,,, yang tak berlipat pun banyak juge,,, 
ni semua gara2 pada isnin yang lepas,,, hari ahad mgu lepas aku pulang dari gemas n pegi berjalan2 hingga ke mitc n makan lah RFC,,, keesokkan harinya pulak yakni isnin tu suami aku puasa... dengan tak sahurnya n semalam tu pulak hanya makan RFC jeh,, so hari isnin tu dia rasa senak di tengah2 perut agak2 di hulu hati,, rasa pedih,,, so oleh kerana due to family history n paras kolestrol yang sebanyak 5.27 (normal <5.2),,, jiranya on par gak la kan,, so selepas di periksa oleh klinik WiraMedik di sg udang ni,,suami aku di refer ke Hospital pakar putra,,, tengahri selasa tu aku bersama2 anak2 pegi sekali ,,, sehelai sepinggang je n bawak si cik viva sbb aku maklum dah kawasan parking kek putra tuh,, agak sompit... bila di periksa doktor maka suami aku di tahan di CCU (critical care unit)... tempat tu mmg ngeri pada aku,, ngeri sesangat,, kawasan org parah,, tempat tu sekali la ngan ICU,,, huhuhu
agak lama aku menanti di luar n tetiba misi dlm tu panggil aku masuk ke dalam,,, bebudak dia tlg tgk kan sbb kanak2 tak buleh masuk,,, jangan nangis????? takde makna nya,, melihat dia terbaring dengan butang2 kat badan eh,,, huhuhuhu
dia suspek sakit jantung ,,, dan dia perlu di uji utk 2 hari,,,, tak banyak aku bercakap sbb tiap kali aku nak bukak mulut tiap kali tu jugak la air mata aku makin laju,,, so suami aku seperti memahami n menyuruh aku membawa anak2 pulang,,, n no point gak aku menunggu di stu kerana suami aku bukan di wad tetapi di unit kritikal,,, jadi nya aku memandang sekeliling aku,,, aku tetap bersyukur,,, semua yang berada di situ memang p.a.r.a.h,,,,,
suami aku hanya di syaki sahaja,,,
aku pulang n dalam kereta aku mengambil keputusan pendek... aku nak duduk dlm bersama suami aku,,, aku mesti pulang ke gemas n bawak mak,,, anak2 besar duk umah,,,
esok nya aku berjumpa dengan suami n dia lebih ceria berbanding semalam,,, semalam dia agak pale kerana risau, takut serta pelbagai yg bermain di fikiran,,,, dia bgtau aku yg semua ujian -ve,, maknanya tiada sakit jantung,,, Ya Allah bersyukur ,,, aku mengucapkan syukur,,,
hari rabu discharge setelah sehari tinggal di bilik seram tuh,,, n aku berdoa yg kami takkan kembali ke sini lagi,,, 
malam tu aku ter paksa memandu pada waktu malam... aku tak pernah memandu malam kerna aku tidak biasa di samping silau sewaktu menghadapi lampu2 malam.. di sebabkan suami aku br makan ubat hospital n masih berasa penat maka aku buat2 terre la memandu ,,, mak pulak,, dah berpesan,,, "jangan laju n yang"... hehehe
sampai jua aku di gemas
n aku berasa lega setelah semuanya ok,,, mlm sebelum tu mmg aku tak tido,, mujur plak kawan2 di mesir ghamai so semua org aku layan,,berborak di ruangan chat FB n YM... nak wek camano,, nak tido takleh,, ghisau kemain
ok,,tyamatla kisah spital2 nihh


SARAPAN DI PANTAI PUTRI< MELAKA
hari ni anak2 aku request nak bersarapan di tepi laut,, so aku pun,,, prepare apa yg patut,, tikar, air, n segala macam laaa
ha,,, layanlah ye gambar2 nih,,, loteh plak nak naip,, ahaksss

ok ,, jap lagi aku nak ke putrajaya... pastu nak balik ke selayang,,,, k...
nnt jumpa lagi eh semua,,
salam///








Tuesday, September 7, 2010

berada di selayang

tetiba aku loss...xtau apo nak tulis,,, hahahaha
exclli aku br balik dr pasar selayang
adusss sampai sana jubah lycra kemain lah menarik di hati,,, tapi aku dah siap rembat dah utk bebudak n aku sendiri
persiapan raya??? alhamdulillah,,settle dah semua,,,
tema kami tahun ni kebiru2an,,,
k lah,,, ngantuk la..xtau apo nak tulis,,, tata

Thursday, August 19, 2010

mood: tercalarrrrrrrrrrrrrr

salam semua,,, 
erm... melayan2 blog nih sambil mendengar lagu si dara Sulis,,, wahh sejak dua menjak nih ter obses plak dengan lagu sulis nih,,, dulu aku ingat lagi masa awal2 keluar album dia dulu ,,"cinta rasul"... aku tak terkecuali jugak lah mempunyai koleksi albumnya dari cinta rasul 1-7 dan termasuk jugalah versi orkestra dari victoria philharmonic orchestra dari melbourne dan sydney... yang paling aku suka versi istimewa orkestra tuh,,, mmg mantap,,, tapi malangnya sewaktu melakukan migrasi barang2 dari uia ke rumah,,, tak tau lah mana terselitnya kaset tuh,, n seingat aku dulu kat bookstore uia ada tapi apabila di riki2 oleh member yang keje di sana,,, dah abis dah
dah tak jual lagi....
cuba dengar lagu nih,,, lagu yang bertajuk  Ya Allah , Ya Tayyibah , cinta rasul orkestra ... ni di antara lagu yang di nyanyikan semula oleh si sulis ni tapi lagu ni lagi ok le masa dia berumur 9 tahun ,,,skg ni dah 20 tahun dah umur dia,,,
wahhh apo pasal plak den sibuk becerito pasal budak indon dari  Solo nih,,,

tgk tajuk,, haaa,,, sebb apa tercalar nih>>> ni lah sebabnya,, semalam pihak U bgtau yang pendaftaran pada 23/8 ni di batalkan dan di ganti pada 3.1.2011 tahun depan,, apa lak pulak nih,,, mana rancangan2 manis den dengan amirah esok,, konon2 nak jalan2 ke mydin nak beli stationary,,, nak jalan2 cari barang2,,, waaaaa mmg hangin,,, di anjak ke sem hadapan kerana jumlah pelajar yang mengambil pengurusan islam @muamalah tak sampai target ,,, at least kena 15 org,,, kenapa aku pilih kuis sebagai tempat belajar? di samping dekat dengan mtua aku.. juga adalah sebagai kemudahan,,,, suami aku yang mengambil berat tentang hal mak ayah nya akan sentiasa dapat balik kerana aku akan belajar di sana,,, so every weekend buleh balik,,, dan lagi tak banayk U yang menawarkan pengurusan perniagaan islam @muamalah,, antara yang ada adalah IIUM USIM sama KUIS.... aku pilih kuis,,, sbb duration nya pun sekejap ,,,, xpe lah ,,, aku percaya ada hikmah segala2nya
lagi pun di saat segala2nya kena di selesaikan tetiba aku dapat sambung belajar,,, agak terkejar2 dari hal masa n kewangan... mana aku nak pikir mana nak letak anak2 sbb aku dapat full time ,, mana aku nak pikir kakak akan skolah lagi,, sbb aku dapat surat tawaran 8 days b4 registration... sekali dapat berita di batalkan,,, aku agak lega,, mmg lega (lega dalam kecewa dan sakit atiiiiiiiiii)

aku baru je ber slow talk dengan anak jiran aku yang sedang seronok main mercun,,, "daniel, please stop play with fireworks,,, baby untie sleep"... anak jiran aku nih cakap omputih mako eh den kono cakap omputih gak,,,, anak cikgu melayu duk ngajar account , jiran sblah umah aku nih,, bukan apa bukan senang nak carik masa nak ber blogging nih,,, haaa anak da tido sekali ada bunyi mercun plak,,, tak beshhh lah kannn,,,, 

oklah,, aku nak stop le,,,
pasal sejuk dah mencengkam tulang den plak,,,, pasang ekon tadi pasal tetiba panas plak,,, ni nak banun p mati an macam maleh,,, ingat nak tarik selimut jap la,, titun jap sementara tgu incik suami pulang

hahaha
k,, wassalam



 

Monday, August 16, 2010

ramadhan....

salam...
erm,,, baru je aku nak start anak aku lam buai dah gerak2.... huh!!! aku memang marah.. anak2 kejiranan ni dah mula duk main mercun,,, aku nak kasi tau betapa hampehnya perangai korang semua,,, mmg tak guna,,, ha kan dah marah,,,,,,,,, di kala ini lah waktu yang sesuai utk aku berehat selain malam selepas jam 9 malam,,,, bunyi mercun tu kemain kuat,, heh sesapa yang ghasa duit tu banyak nau,,, nak beli mercun plak,,, bg sini duit tu ke aku ,, buleh aku wat p bayar belanja skolah aku nnt,,, sakit ati je laaa
erm,, aku mulakan kisah ramadhan kali ini dengan kisah ni,,, aku paham yang korang adakah pekerja kontraktor di *****n** dan korang mungkin keje keras,,, so tak larat lah nak puasa,, kok iye pun korang baru kuar rumah nak g kojo takkan lah dah tak larat,,, cubo pegi dulu kojo,, n manalah tau tetiba hari ni Allah tak bagi korang rasa letih atau lapar langsung,, ni tak,, belum pun sampai tompek kojo dah tak puasa,,, kok makan nasik, minum air ok gak kok iyo na tak tahan nak puasa,, ni di bantai eh merokok,,, ape daaaaaaa
ada seorg lagi ,, jiran aku jugak le,, alkisahnya dia ni ada penyakit n tak sihat, kok iye takleh puasa n utk jaga kesihatan baiik makan nasik ke keropok ke,,, merokok watpe,, semasa aku keluar dari rumah nak betulkan wiper si viva,, aku terpandang n bertentang mata ngan dia ,,, masa tu dio tengah tarik dalam2 asap rokok dia,,, ketika tu dia bersama anak kecik dia yg darjah 1... apalah kono bapak eh ni,,, sok2 klu nak ajar anak jgn merokok dah takleh pasal awak sendiri merokok,,, ni waktu siang di bulan ramadhan lagi,, hah,, apabilamaa bertentang,,, cepat2 dia mengalihkan mukanya ke arah lain dan mencampakkan rokok yg masih menyala,,, yes brother u can hide from u,,, but can u lies to Allah.... kot nak merokok dlm bulan puasa ni buleh sangat,,, g merokok di tempat yang Allah tak buleh nampak,, ha bantai sgt lah yeeeeeee
lagi satu,, tahun lepas aku ada singgah di ****** store di sg udang nih n ada gerai beberapa org lelaki yang meniaga air tebu di situ,,, tiba2 lelaki dewasa itu mengarahkan anaknya yang berumur dlm lingkungan 10  tahun utk menjaga gerai sementra konon2nya dia ingin mengambil barang di dalam kereta kancilnya,,,  aku berada bersebelahan dengan kereta kancil tersebut,, tinted kereta aku agak tebal n gelap jadi dia tidak perasan yang aku memerhatikan setiap gerak langkahnya,,, hahaha busy body lak aku,,, ye lah bosan2 tgu dlm kereta maka gelagat manusia lah jadi santapan aku,, pastu dia masuk ke dalam kereta n membongkok kan badannya n ,,,,, merokok!!!!!!!!!!!!!! kemain laju isap rokok siap pandang kiri kanan lagi,,dia tak tau yang aku duk peratikan dia,,,, elok2 dia nak buang puntung rokok dia aku turunkan cermin tingkap keta aku n dia pandang aku sinis jeh... n beberapa budak motor yg melepak di gerai tersebut turut masuk ke dalam kancil tersebut n merokok jua,,, chehhhhh jadi port lah pulak,,,, N BY THE WAY,,, YOUR STALL WAS BLACK LISTED !!! secara rasminya start dr jam itu lah aku bleklis kau tau,,,, takkan aku bli kat kau n sib baik aku tak penah beli pun sebelum ni kat kau,,,, n aku tgk gerai tu still on ,, hihihihi
lain yang aku nak cerita kat sini,, lain yang aku taip,, hahahahaha

oh ya,,, aku start skolah pada 23/8 ni n menurut schedule/ taqwim full time 25/8 tu kuliah start dah,,, tp aku nak tukar,, nak amik part time,, pasal aku rasa tak begitu selesa,,, anak n suami terabai seminggu,,,, meskipun akan memakan masa 2 tahun tapi aku percaya ada hikmah di sebaliknya,,, n plan aku di tahun hadapan,,,InsyAllah aku akan kembali ke mana2 sekolah sebagai guru sandaran dalam tempoh aku bergelar pelajar ini,,,,  
erm,,,, mercun ni buat aku sakit ati, memekak je,,, eh dah senyap... huh!!! oklah cukup lah dulu utk kali nih,, nnt aku up lagi ehhh
ini hari menu,,,, blom tau lagi.... hahahahah
k ,, wassalam..

Wednesday, August 11, 2010

ramadhan kareem... Alhamdulillah

salam... awwalan... ingin aku menyampaikan dan meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan kesihatan dan umur yang panjang hingga aku bisa bertemu lagi di ramadhan di kali ini..
ye,, apabila aku meng update blog makna nya aku di tahap yang amat selesa... n mood di tahap maksimum
erm,,,


kisah 1:
anak aku si Muhammad amirul asyraf dah setahun 3 bulan.. pada 16 ogos nnt la setahun 3 bulannya,,, aku sering mendengar sedara mara belah suami aku memberitahu aku bahawa anak aku yang no 3 ni amat mirip dengan seseorg yang penah menjadi kesayangn mak n ayah selayang
orang yg aku maksudkan adalah arwah adik suami aku,,, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya,,, mukanya, bentuk badannya, potongan rambutnya ,,sega;anya di warisi oleh anak aku si muhd nih,, n aku kadang kala terperasan yang mak aku ni akan membelai muhd n akan berkata yang si ashraf ni serupa betul dengan arwah andak,, ye lah,,, tak mengapa lah kalau segalanya mengikut paras muka nya serta ssuk badan nya cuma aku memohon agar dia tidak mempunyai sejarah hidup ynag sama dengan arwah,,, nauzubillah dan jangan lah aku di uji dengan ujian ini kerana aku tidak bisa utk menanggungnya..bukan sekadar mak ayah serta adik beradik ipar aku ,, termasuk sepupu serta saudara mara suami aku jua mengatakan yang sama,,, mmg serupa... ye, jika muhd bisa menghilangkan rindu pada mak ayah pada arwah andak,,, aku relakan segalanya cuma janganlah perjalannan hidup anakku  sama seperti perjalanan hidupnya,,, aku inginkan yang terbaik utk anak2 ku


kisah 2:
ehem2... setelah viva berjaya di miliki semula,,, aku telah di beri berita gembira oleh adik aku yakni apabila dia menerima netbook 1malaysia dia tu,, makanya laptop acer yang persis laptop yang kini berada di mesir akan menjadi milik ku ,,, dan yang di mesir tu biarlah org di mesir tu menggunakannya tanpa ada perasaan berhutang,,, yakni rasa menggunakan hak org lain lain,, adik,, taht is ur's from now n on...  sampai di rumah malam tadi adik aku menyerahkan laptop acer yang aku gelarkan si gemuk.. si netbook kenit HP ni aku gelarkan si comei.. nak muntah?? suke ati i le nak gelar dia apa kan kan kan,,, tetiba syikin berubah fikiran,, tanak netbook kneit ni,,, tak puas nak tgk,, skrin konit,,, ringan lak tuh,, ghaso kosong,,, wahhhh rezeki aku dapat netbook baru,, itu lah rezeki namanya,, aku lepaskan acer si gemuk n aku dapat gantinya si kenit yang comeiii


kisah 3:
selepas bersahur, solat subuh serta menolong amak memberi haiwan peliharaan eh makan,,, aku kena balik ke melaka semula kerana suami aku ada keje,, mmg urgent,,, erm,, xpe lah,, aku dah tolong amak,, aku masak sup tulang n gear box utk amak n abah,, kemudian aku bangun utk masak makanan sahur utk krluarga,,, yelah,, mak masih belum sesuai utk memasak, kesian mak,,, sebelum balik aku sempat mencari rambut gatal serta mencabut ubat amak,,, n aku perasan amak seperti terlayang,,lena sekejap... katanya,,, mmg amak tgu kau balik ,, aku tak balik hampir sebulan tau,,, ada hal je selalu,,, aku kan isteri org so liability aku lebih pada suami n urusan anak2,,, mak aku selalu berhubung melalui telefon, hmpir setiap hari,,, oh ya,, aku update blog ni aku siap dah solat isya' mengaji serta terawih,,,, muhammad pulak dia bertambah ok,,, kalau aku mengaji dia takkan mengganggu lagi,, kalau awalnya dia menangis minta di entertain tapi bila aku start mengaji dia akan menunggu sambil ukanya menunjukkan riak2 yang amat kasihan,, aku balik yang sayu,, akhirnya dia aku pangku,, n ajaib pulak,, dia tak ganggu pun,,, dia cuma mengikut jari telunjuk aku menunjuk tiap barios ayat yang aku baca.. tiada lagi kebiasaannya akan cuab  menyelak setiap helaian muka surat dan akan menutup naskah yang aku baca,,,  
abang luqman pulak pergi mengikut ayah ke surau utk solat terawih n melalui cerita ayahnya,, luqman amat ok,, dia ikut setiap rakaat dlm solat.. in kerana group kanak2 yang bersembahyang di situ bukannya group yang main2,,, maka abang takde berlari2 atau bermain2 seperti kebiasannya di masjid / surau
mudah2an itu akan berterusan n bertambah baik,,,, Amin


kisah 4:
hari ni ,, hari pertama umat islam sedunia berpuasa,,, aku menerima berita yang aku berjaya menyambung belajar diperingkat sarjana dalam bidang muamalah,,,di kolej universiti islam selangor... n kuis mendapat tempat yang terbaik juga dalam ranking SETARA 09,,, mengalahkan lain2 U/UC yang ternama di malaysia tapi tidak tersenarai langsung dalam SETARA,,, nak tau apo mondo eh ni cariklah pasal MQA SETARA 09... haaa cubo cek u/uc yang korang ngah belajar skg ni ada mqa tak>>> kalau takde, maslah lah nnt pasal tiada jaminan sijil tu akan laku,, maafkan aku kalau statement aku ni tersilap

erm,, oklah cukup setakat ni,,, nnt ada masa aku sambung lagi ye,,
k salam.

Monday, August 2, 2010

CHENTA HATI....

salam... wahhhh pagi yang heppiiii.. mood di tahap maximum... hahahahaha
erm,, sabtu lepas aku btolak balik selayang pada jam 6.30pg,, anak2 yang bujang berdua tu aku pakaikan pampers,,bukan apa kang di buat eh dia sejuk dek ekon subuh2 ni kot terkencing plak lam keta,,, aku angkat anak2 yang sodang leno dlm kelambu,,diorg ni selalu bangun awal tapi bila tiba je sabtu ahad atau cuti mulalah diorg ni bangun lewat,,, sampai selayang kul 9

Tuesday, July 27, 2010

MBP KU SAYANG,,,

salam... entry ni khas di tujukan buat MBP 9305 ku yang tersayang...
alkisahnya begini,, aku beli kereta ini ketika aku mengajar di sekolah menengah dahulu,, with my own money,,, sbb tu lah sayangnya agak menebal pada kereta nihh.. suatuu  ketika apabila aku di dapati mengandung maka aku refused  utk menyambung kontrak aku sebagai guru sandaran,,, n dengar2nya batch2 aku se guru sandaran tu bakalan di serap ke jawatan tetap... pastu suami aku mulai memikirkan sesuatu,, keluarga yang besar, keperluan utk berjalan jauh kerana suami aku kerap bekerja di luar kawasan atau out station... jadi kami pun menuju ke tan chong cheng n wira kami fullsettlement adalah rm15k dan harga yang tan chong nak amik adalah rm20k,,,, so no downpayment,,, tapi sebelum tu tan chong tawarkan rm22k but livina xde free skirting,, kalau setuju rm20k, sekali dengan pakej skirting lah,, apo plak ghoman eh xdo skirting ,, macam penyodok ghoman eh

maka ,, dengan tu setujulah amik livina dengan bayaran bulanan rm962.00 ,,, so alkisahnya viva 4ever tu di serahkan pada abang aku n aku bg dia sambung bayar,, skg ni abang dah beli keta lain n berhasrat nak jual viva 4ever tu kalau aku tak amik,,, ya Ampun,,,, bila dah camtu aku dah start sedih, terpikir2,,,xcelli kan aku bg pada abang aku dengan harapan kereta tu tak kemana,,, huhuhuhu,,,tapi kalau amik pulak mana aku nak skolah lagi,, insyAllah akan further study lagi,,, umah lagi,,, keta lagi,,,, anak2 2 org skolah tahun dopan,,, waaaaaaaaaaaa waaaaaaaaaaaaa waaaaaaaaaaaaaa...


 sekarang ni aku hanya mampu berserah pada Allah,, menurut kata suami aku 60% akan jadi amik semula viva 4ever tuh,,, kerana kami berdua mmg sayangkan viva 4ever nih,, 

 

 

tumpukan pemandangan anda pada keta sahaja ye,, hehehe

klah,,, wassalam...

Friday, July 23, 2010

meng update blog sampai dengar maher zain "ALLAHU ALLAH KIYA KARO" melalui headphone,, best nyaaa

salam.... best nya,,, mood aku di tahap maksimum.. keje2 rumah semua dah siap..esok cuma bikin sarapan sama sidai baju,, siap dah kain baju sume di cuci... juga sudah di lipat semuanya... aku tak mau dah biarkan kain baju tak di lipat..xmau lagi tangguh2,, angkat je dari jmuran akan terus di lipat,,, kalau tangguh nnt jadi gunung,,xmau dahhh

hari ni kan,, dari sarapan sampai lah ke makan malam,, aku tak buat apa2 pun,,xmasak pasal aku punya barang2 dapur  dah di all out kan,, dah abis guna dah,,, tiada apa yang tinggal,,cuma minyak masak je yang ada,, maka eh hari ni pulak 1st day gaji,, lambat pulak selalu eh 21hb dah masuk,, hihihihi... so tadi selepas suami aklu g buat major servise our beloved mpv... kami btolak ke pasaraya pujaan kitaorg kat sg udang ni,, FAMILY STORE,,, hahaha.. abis hampir rm160.... anak2 aku goreng ayah eh,, mintak makanan ringan,,, eh aneh nya,, ayah eh bg,, erm kalau aku lah,,, usah bermimpi wahai sayang2ku sekaliannnnnn,,, aku ada kenangan pahit dengan makanan ringan nih,, nnt2 lah aku cita ye,, walaupun pahit tapi aku bsyukur kerana di sebabkan peristiwa itu aku jadi seorg yang tak bminat dengan junk food nih,,, alhamdulillah,, terima kasih amak.. banyak faedah eh,, kesihatan dapat, dut pun jimat.... oh ya,, major service yang tak berapa nak major tu telah menelan belanja rm600 lebih,, tak lah major sbb tak buat semua... kalau semua abis dekat 1k sehhh,,, tapi demi kesejahteraan kami serta kepanjangan hayat keta,,xpa lah.,,, keta still under warranty jadi masih menjadi pengunjung service centre tan chong lahhhh

balik dari family store, hantar barang2 yang beli tu balik umah ,,, masih belum di unpack,,, tetiba incik suami ajak p fort supai... makan malam kat sana,,,, alhamdulillah,,, balaiki dari makan malam... aku terus suh anak2 mandi,, maaf ye amak,, suh anak2 cucu amak mandi malam,, bukan apa,, makan tengah2 air,, senja plak,, (best tempat ni pekerja eh solat n tempat bersihhh), pastu di bantai eh ber lari2 sampai berpeluh2.. so aku terus buat keje umah,, mengemas mainan2 yg bersepah2,, kemas dapur serta unpack kan barang2 yang di beli tadi,, fuhh siap keje aku,,, esok aku ada 2 task yang nak di settle kan,, bikin dadih perasa fevret suami ,,, perasa jagung serta bubur jagung,,, pastu zohor akan ada kenduri ,,,, esok juga akan ber temu dengan mak ayah in law,,,,
erm,,aku toleh suami aku di sebelah ni,, dia tengah sibuk membuat keje2 dia,, dah 2 malam dia tido lewat,,, lesian dia,, malam ni nampaknya akan tido lewat jugak,,, sejak akhir2 ni aku perasan dia agak banyak keje eh,,, ada kabaran gembira tentang jawatan dia,,, insyAllah kalau rezeki kami sekelularga tak kemana,,,

erm oklah,, aku akan menemani suami aku berjaga malam ni.... keje dia banyak,,, aku akan cuba utkk bjaga sama,, kalau nngantuk,, aku ada banyak request game kat fb... dari cafe world, farmville, frontier... kemain banyakkkk ,,, aku akan send la kat korangggggg ............ 
oklah,, aku nak stop lahhh,,,, aku nak buat menda lain plak,,,, bukak fb lah pulakkk
k ,, salam...

Thursday, July 22, 2010

senang2.... rehat2..xdo bondo nak buek

salam... yu huuuu
muhd dah tido,, yeeeaaaa buleh mengarang2 di blog nih
huhhhhh!!!!!!!!!!!
ehem,,, ehemmm
sebelum p jejauh,,, ni nak cerita jap pasal minuman yang aku duk suka nih,, selain oligo coco aku suka sangat ngan nescaffe,,, bukan lah seorg yang terlalu suka tapi sekali sekala,,, apabila aku m=bancuh nescaffe ni aroma dia buat aku teringat,,, ke zaman aku belajar di kkb dulu,,,, aku dulu akan tidur selepas isya'.. dah akan bangun semula pada jam 11 malam... membancuh nescaffe dan mula mengaji... aduh indah nya
sbb tu lah apabila aku minum nescaffe ni baunya buat aku tertingat2,,, masa zaman tu bilik aku mengadap ke bilik pelajar lelaki,,, di wing yang berbeza,,,,,jam 12 ke atas adalah waktu paling sibuk di sana,,, kedengaran bergema humming bunyi pelajar2 banin & banat yang sedang mengaji.. paling ketara adalah suara dari qariah sabah,,, kami selakunya akan bangun pada waktu yang sama.....  oh indahnyaaa,,,,

k,,, ni story lain plak,, semalam aku ke klinik sg udang,,, muhd berjaya mementenkan berat badannya which is not good lah,,, sbb 2 bulan,, tetap 9 kg,, apa yang aku makan anak aku makan,,,, aku makin tembam,, anak aku camtu je,, hahahah
ni gambar masa di klinik,, dia sedikit tenang di klinik semalam kerana tv kat sana bukak Hi-5... sib baik,, so dia leka dengan rancangan tu,, kot tak, jenuh aku nak lari2..


oklah,,, baru nak berio2 menulis dio da jago,, adehhaii sekojap bona tido eh,,, cano nak lamo kalau suaro abang eh kemain eh kuat,, ermmm.. cukuplah takt ni dulu
k,,, salam,, see again,,next entry.............

Monday, July 19, 2010

hari yang indah,,,,mood di tahap selesa

salam semua... hai pe kaba,,,, hahahaha
xcelli kan kengkawan pembaca semua... mood ini hari amatlah ok...
let's start from my 1st day that bring me full of joy... 

SATURDAY
~~~~~~~~
pas sarapan pagi di satu gerai makan,, feveret kami sefamili,,, gerai makan owner nya kelantan n selalunya org kelantan masak manis kan,,, tapi di sebabkan berniaga di melaka makanya pedasnyaaa... waa laaaa bak makan di rumah sendiri
mmg pedas,paling aku suka nasi goreng cili api dia,,, mmg podehhh
anak2 aku kat gerai ni selalu bikin tempat ni macam umah dia,, hangin je aku tauuu

Thursday, July 15, 2010

basuh kaabah,,,

terima kasih ila nursalida,, n would like to share your story with my blog's reader....
terlalu ingin ke sana suatu masa yang nanti,, bersama suami , mak abah dan anak2...
bacalah kawan2 tentang basuh kaabah

salam dari selayang,,, (delay entry) 10-14 julai 2010

almaklum,,, tgk tajuk pun tahu agaknya ye,,
aku sekarang ni berada di selayang,, rumah mertua aku di selayang ni
aku akan berada di sini dari hari ahad (semalam) sampai lah hari rabu,,,kakak secara automatik ponteng cuti..nak watcamana kan,,, takkan aku nak duk umah plak ngan anak2 je,, aku tak brani la lama2 tanpa suami di sisi,,, sebelum tu aku balik ke gemas dahulu.... hiihihii

Wednesday, July 7, 2010

malam yang santai lagi..... ho yeaaa

salam semua nya,,, di harapkan semua pembaca blog aku atau yang sesaja tak sengaja tersinggah ke blog ni senantiasa berada dalam lindungan Rahmat dan Kasih Sayang Allah.. Amin....
ye mau kasi tau bahawa sesungguhnya mood aku pada ini malam amatlah 100% fresh.... muhammad udah tido, luqman n kakak sdg buat urusan merosakkan meng explore mainan baru... semua nak di tanggalkan dek budak berdua ni,, pehtu pakat2 pasang semua,,,, termasuklah kalau aku bagi dia pen/pensel mekanikal... di barai eh satu2 pehtu pasang balik... 

Tuesday, July 6, 2010

maafkan aku mak cik...........

salam...
alkisah.... aku bagi sketsa dulu ye

LOKASI: PASAR MALAM SUNGAI UDANG


suatu petang aku bawak kakak ke pasar malam n dia perkenan dengan donut yanng di hias cantik dengan taburan chocolate rice yg berwarna warni,,, aku bgtau kat dia,,, "tak payah lah kakak,,, kalau kakak nak donut ibu belikan yang 3 RM1.00,,, yang ini lebih gebu, lebiih sedap" ... berbanding dengan donut2 yang di hias cantik tu,, keras pastu rasa sama jeh,, yang embezakan rasa nya betul toping eh aje,, mahal lak tuh,,, baik beli donut biasa,,, aku pun suka......... maka aku pun keluarkan lah statement yang benar2 real,, bukan aku nak kelepet anak aku agar dia tak beli donut cantik tuh,, aku bagitau dia,, "tgk kakak yg jual donuut tuh,, kuku dia panjang. ada kaler hitam plk tuh (kebetulan dia pakai inai kaler itam tuh), pastu kakak tu rambut dia kaler2 n tak pakai tudung,,,"
so kakak akur,, kerana dia tahu aku mmg bising2 kalau kuku dia dah panjang n dia tak bgtau aku u=yg kuku dia dah sedia utk di potong,, padahal aku le silpnya koz tak alert,,, heheehehhehe
pasal bab tudung pulak,, mmg aku dah terapkan dari umur dia 3 tahun lagi,, kemana sahaja dia mahu mengikut aku, aku mesti suh dia bertudung,, if not duduk rumah ngan ayah jaga adik,,, n sekarang ni aku dalam proses menerangkan pada dia kenapa dia wajib/ mesti bertudung
n aku selalu memberi penghormatan padanya agar dia memilih sendiri tudungnya,,, n yang terbaru dia cukup pekenan dengan tudung "jangan pandang belakang".. mmg lawa pun,, corak di awving n keliling tudung,,, di sg udang ni ada jual,, petang ni kang ada lah,,xsure bleh beli ke tak,,,,, hehehehe
budget yillek kot,,,, kikikiki

Monday, July 5, 2010

anak2, tv dan mak2...

salam... ye... masuk ni dah 8 orang yang mengadu yg diorg selalu bergaduh dengan anak2 tentang channel tv,, anak2 nak tgk kartun,, mak2 nak tgk drama...xkurang jua yang telah membeli tv baru semata2 tak mau berebut dengan anak2 termasuk jua cucu2,, yang terbaru apabila piala dunia sedang berlangsung,,, ada jugak yang berebut tv,,,, nak tgk bola, sorang lagi nak tgk drama.......... tapi tu hal org dewasa tak mau campur sgt,, ni hal anak2 nih,,,

Saturday, July 3, 2010

aktiviti hari ini.... best sangat,,,,

salam... hari ni agak sibuk bah,,,, gembira bangat
aku menjoinkan diri bersama suami n anak2 meraikan majlis sukaneka sekolah kakak,,,, 
syok juga,,, kakak masuk acara tarik tali dan masukkan bola dalam bakul,,, dapat hadiah,,, 
 ni di antara gambar eh la,, lain2 aku da upload kat fb,,,,
incik suami pulak pas tu ajak p makan kat fort supai,, ha korang g cari kat fb "fort supai"..tau lah korang apo yg ado kek situ
b4 that,,, aku singgah ke masjid tanah,,, memenuhi addicted anak aku ke barangan BEN10,,,, huh,, hepi sungguh dapat bola sama gadget ben10.. aku beli utk luqman gadget n bola ben 10,, kakak aku belikan bola gambar pooh,, amik ko,,, marah sungguh dia,, nak yg sama ngan abang pulak,, ,aku ingat dia tak mau la ben10 ni kan,, dah jelas more to lelaki punya kegemaran,,, tak[po... nnt aku akan carik la yg samo cam abang,,,bersepah kek mlako ninh,
sona eh kan,, sesajo buek quick update ni,,, nak isik maso sementara tgu game argentina v german
ha start dah,,, k nak fokus,,,
babai,,,, salam,, nnt la den sambung ehhhh

Friday, July 2, 2010

mujhse dosti karoge

salam...
wah,,,tgk tajuk tuh,, apahal tu eh,,, main2 ayat hindi pulak ,, hahaha
b4 kita g jejauh mari kita belajar bahasa hindi ni dulu ye,, means : lets be friends...
apo pasal lotak tajuk nih>>> kasi terang sket,,,
erm,, sebenarnya semalam masa cari satu medley kat youtube tetiba terjumpa medley tang filem ni,,, langsung teringat pasal sesuatu... nak share lah ngan korang,,, b4 that aku bharap orang yang terlibat tak baco blog den ni,, hahaha... kang ngamuk deh kang menyebarkan perihal chenta kek sini......... hahahahaha