Thursday, May 10, 2012

pagi bute,,,,,

jam 3.39 pagi hari khamis,,,
wahh mata sy masih membuntang
tu la padahnya apabila sy tertido awal,,, sy tido betul2 sy siap solat isya
sy susukan imran dan sy lelap bsama2 dlm kelambu khemah sy di ruang tamu,,, betul laa imran ni kena pantangkan ekon buat masa neh,,, sbb sepanjang kami bkampung di ruang tamu **sejuk jgk rupanyaa** imran dah betul2 clear dr batuk kahak n selsema juga yang paling penting asthma nyaaa...

imran da pandai merangkak, bdiri dan duduk sendiri,,, agak lambat sebenarnya bbanding luqman n muhd... luqman blari pada umur 7 bulan dan muhd pada umur 8 bulan,, cuma kakak la paling lambat pada usia setahun 3 bulan,,,oh really??? a ahhh mmg real pun.. dan skg ni dua2 mmg kaki buli sy di rumah,, amat lasak. imran pun amat la sama,,,, budak2 senior yang 3 org tu plak bila di tgk nya imran lasak semacam dah di buatnya mcm budak besa,,di ajaknya bkuntau,,, di angkat2nyaa,, haishhh kocik laei budak tuuu

ada tak korang2 sume dapat tong sampah hejau tu percuma.. itu hr ada la sapat semua rumah ni tong smph pcuma,,, masih santik je lagi dlm pkarangan umah, belum di gunakan sbb xde letak no umah lagi kat tong tuh,,,,

sy dapat jiran yang baru,, kali ni katanya incik ashkar... belum ada bkenalan laei tapi br nampak 2 org lelaki. berkeluarga atau tak,,itu tak tau laaaa...

ahha,,, untie china yang baik tu ada menjengah umah sy,, akhirnya masuk gak dia... dia mmg mengidamkan nak masuk. ayo tul,,umah den kosong ajo...xdo apo2 hiasan pun,, yo budak tongah lesek,,sesio jo kok pocah/rosak... untie tu kata apsal xtukar kabinet tibi yang baru,, yang rendah n lebar tu tak mahal pun. ayoyo untie, elok yo kabinat tinggi ni laei dr yang rendah cantik tu,, skg ni imran kemain galak memanjat/meniti,,, setakat kabinet rendah tu kacang ajo di panjek eh,,, kok dio bgantung kek LCD tibi plak??? tak ko meleleh air mato tgk tibi pocahhh???? aii memacam,, katanya lagi tak penah dengar suara sy n anak2,,, hah???? melopong!!!!!! biar benar,, sy memetir dlm umah,, ok tu tanda nya sy masih dlm kategori selamat, xde di umpat2 dek jiran sbb suara bising,,

arghhh xde idea..ok laaa...
sy nak cube p join org2 dlm khemah,,
tata

Thursday, April 26, 2012

kelambu khemah tengah2 ruang tamu

malam tadi dah malam ke 5 kami tido berkhemah kelambu di ruang tamu... menggunakan kelambu bersaiz King...
semuanya kerna ingin mengelakkan kami menggunakan penghawa dingin di waktu malam... tak sanggup sy menahan kepanasan di waktu malam dengan kipas syiling dan bkelambu tali yg panashhh tuu...
almaklum, imran belum berapa sehat dr batuk lelahnya,, maka sy korbankan malam sy yang dingin tu dengan berkhemah di ruang tamu plak...
eh jap,,, ni best tak??? hehehehe


sy minat cite neh..... ngeh ngeh ngeh...
sib baik sy masih ada suang yg bersaiz King juga utk sy tegakkan khemah kami tu... dan sy akui semenjak 5 hari tanpa penghawa dingin imran btambah ok,,, much better much better *read like u r veteriner dlm cite RIO,,, :))
nak tahu nya kami dah give up dengan ubat2 yang terlalu banyak utk imran,,, setiap pagi, tengahri n malam sebelum tido imran kena makan ubat batuk, selsema, cairkan kahak, lelah, kontrol lelah atau kena amik seretide kalau dia tiba2 di serang lelah.... maka kami buat sendiri aje,,, sy pastikan ruang tido tak terlalu panas n sejuk,,, kemudian every time dia batuk maka kahaknya akan sendiri tercampak  terkeluar ke lidah atau kat mulut dia,, cepat2 kami keluarkan,, mmg kahak tu setompok2,, likat.... muntah korang baca??? hehh mcm la korang tak penah batuk,,hehehe
cuma nya budak kecik baby lagi plak tu mana la dia pandai nak kuarkan kahak bila mana tiap kali batuk,, mmg kesian,,, dan rupa2nya bila banyak sgt makan ubat air kencing nya bau something dan akan berubah sket kaler nyaaa,,, tu lah punca nya kami stop kan.. melainkan kalau imran demam... walaupun dia lelah tu kekadang tapi dia tetap lasak,,, dlm nafas laju tu kadang2 dia selamba je ketawa2... haiii
cakkk dak bulat...
syukur sangat2,, skg ni dia amat sehat.. btambah bulat... masih ada batuk tapi amat improved..smpi bilo den nak bkhemah kek ruang tamu ni ontah laaaaaaaa.....

k lah.... amacam penantian korang thadap cite2 den di blog ni??? muahahaha perasan ghamai follower ajo,, hahahaha
k, nak siap2 p sekolah luqman,,, nak p bayar yuran n amik dia sekali,,,
tata

Tuesday, March 20, 2012

muhammad amirul asyraf....

peristiwa berdarah kali ke dua yang sy alami,,, paling ngeri pernah sy alami,,
pada 17 mac 2012 yakni pada hari lahir kakak mirah yg ke 7 kami sekeluarga menyertai cuti2 pantai kundur,,, yang amat dekat dengan rumah kami,,pelbagai acara yg kami sertai

segala2nya bermula dengan baik dan kami mendapat 3 cabutan bertuah dr 6 nama yang kami hantar,,, acara  masih belum berakhir... kemudian suami sy mengajak kami [ulang dan kami bersiap2,,,

tiba2 muhd datang mendapatkan suami sy dlm keadaan mulut dan hidungnya keluar darah pekat yang banyak,,, sy panik, suami sy tenang dan segera mendapatkan bantuan 3 org doktor yang berada di situ,,, doktor cuba menyulluh mulut muhd dan doktor tidak dapat mengesan sejauh mana dalam nya luka yang di alami muhd memandangkan darah masih keluar dengan banyaknyaaaa,, sy sempat meninjau jenis material yang menyebabkan muhd cedera semasa suami sy bgegas membawa muhd bjumpa doktor,, sy melihat ada kesan darah pada lidi satey,,,, well known lidi satey skg ni di perbuat daripada buluh,,, ohh bisa nya buluh,,,,,

doktor menyarankan agar sy membawa muhd segera ke hospital,,, paling dekat dengan kami adalah hospital mahkota,,, syulur juga kami memandu viva ketika itu kerna fizikalnya yang agak kecil memudahkan kami melalui jalan bertentangan kerana kami ingin cepat smpi ofkoz dlm keadaan selamat... ada di kalangan pemandu yang memarahi kami ,,, walaupun kami memasang lampu kecemasan dan memberi lampu tinggi serta membuunyi kan hon,,,sungguh sy sedih kerna tiada kerja sama dr pemandu2 lain,,

sy mulai panik,,btambah panik apabila muhd tidak berhenti2 menangis, batuk serta darah segar tetap mengalir,, sy turut menangis ketakutan,,, luqman dan kakak turut menangis,, suami sy seorg yang amat tabah,,dia btenang walaupun dia sebenarnya dlm keadaan takut,,, baju suami di penuhi darah,, tudung sy jugaaa.. kerana sewaktu di dalam kereta sy memeluknya erat smbil sy menenangkannyaaa,, sewaktu dia hampir kalah dan seperti mahu terlelap cepat2 sy kejutkan dia,,, suaranya agak tenggelam kerna lelangitnya cederaaa,,,

sewaktu itu sy terasa amat menyesal,,sy bukan ibu yg baik,,saya sesal,,,,,, andai nyawa muhd terancam sy takkan memaafkan diri  atas kealpaan sy,,, pjalanan mengambil masa 30 minit kerna jalan yang sesak,, sy tidak berhenti2 menangis,,

sampai di hospital kami terus ke bahagian kecemasan,,suara tangisan muhd semakin perlahan,, darah semakin bhenti .... muhd di letakkan di atas katil dan nurse bertindak pantas membersihkan darah di mulut dan hidung,,, tapi satu yg menyedihkan sy,, bagaimana di bahagian kecemasan hanya ada seorg doktor???? seorang,,,,,,,,,,,,,,,,,, dialah juga yang mengiruskan mangsa kemalangan,, dia lah juga yang memeriksa pesakit yang demam tak elok2 ,,,, muhd dah hampir mau terlelap,,sy btambah kalut,,, dia tertidur dan nurse yang ada bkata yang muhd tidak apa2,, mungkin dia keletihan dan dia sedia memantau,,, sy di pangggil utk mendaftar,, sy terlupa nak bawa beg dompet sy yang segala dokumen sy dan anak2 ada pada sy,,, syukur suami sy ada membawa kad insurannyaa,,

petugas kaunter menyuruh sy mengisi borang,,, sy tak dapat nak menulis nama anak sy, nama sy,,,,, semua nya,, otak sy seolah2 kosong,,,, maka petugas kaunter yang memahami memberi sy ruang waktu dan menyuruh sy btenang dahulu,,, suami sy mengambil tugas mendukung imran yang tidur dan mengisi borang.. suangguh abang seorg yang tabah,,, tiada riak menunjukkan kelemahannya di hadapan sy,,, tapi hakikat nya dia mengakui yg dia amat sedih, amat menyesal dan menyalahkan diri juga,,,

selepas sejam **** lama sangat utk doktor melihat muhd,,, sy geram tapi apakan daya org yg kemalangan tu parah jugaa,,, :((
muhd di rujuk ke pakar ENT * ear, nose n throat
muhd di kejutkan dan sucktion di lakukan bagi menyedut darah2 beku dan darah yang masih btakung dlm mulut dan hidung muhd,,, muhd mmg kuat,,tiada tangisan langsung ,,, hanya akur menurut arahan doktor pakar,,,

luka agak besar dan dalam,,, maka pembedahan kena  di lakukan,, muhd di tahan di wad dan operasi di jadualkan jam 6 petang  .... sy ada mengambil foto nya ketika di wad kecemasan tapi laptop suami sy yang menggunakan UBuntu ni buat sy buntu,,xreti mana sy nak cari,,
nnt sy update lagi,,,

kemudian jam 5 stengah petang muhd di bawa ke OT dan sy memilih utk menarik diri dari btangjawab utk masuk ke dlm OT utk urusan bius,,, sy tidak sanggup,, melihatnya dlm keadaan ceria semasa di wad pun buat sy kecewa kerna dia cedera ini kan pula utk meilhatnya di pengsan kan,,sy tidak sanggup,, suami sy mengambil tempat,,, suami dan muhd masuk jam 5.55 petang,,,, lama lepas tu dlm jam 7.15 malam baru suami sy keluar dn katanya muhd dah di pengsan kan procedur akan di mulakan,, melalui skrin di monitor,, status muhd masih lagi waiting sehingga la hampir jam 8.. baru btukar ke IN POGRESS,,, sy bdebar2 menanti,,sy tak bganjak dr situ,,, jam 8.15 suami sy masuk dan menanti di dalam ruangan dlm,,,sy masih di luar,,, kakak,adik dan ipar sy ada bsama,,

sy masih tidak memberi tahu keluarga MIL sy,, kami tidak bsedia,, belum bsedia,, kami sendiri kalut,,, panik,,sy inform adik sy supaya dia datang mengambil sy supaya sy dpat mengmbil kelengkapan muhd,,, belum sempat sy bpesan supaya rahdiakan dr pengetahuan mak dan abah yang berada jauh di kuala kubu dia dah telefon semua adik beradik dan mak abah,, maka bgegas semuanya datang ke melaka,,, kesian mak abah sy ,,, kerisauannya tahap maksima,,,

jam 9 lebih sy terdengar suara tangisan muhd dari luar, nurse dr wad kanak2 pun da sampai utk mengambil pesakit dr wad nya,, nurse tu bgtau yg muhd dah sedar dan da siap utk di bawa masuk ke wad semula,,, suami sy mendukung muhd keluar dr pintu OT,,, muhd masih menangis dan memanggil2 nama sy,, matanya masih tertutup,, ya allah,, sy menangis kembali,, dia peluk sy erat,, imran dah di bawa oleh anak buah sy dan dia seakan memahami , tiada mebuat perangai,,,syukur ramai yg ada semasa itu walau pada awalnya sy pesan jgn bgtau sesiapa dahulu,,

sewaktu sampai di wad bnombor 605A muhd masih menangis dan nafasnya seakan mendengus,,, nurse menerangkan pada sy ini adalah normal bagi sesiapa yang sedar selepas mengalami pengsan semasa operasi,,, sy peluk dia dan saat tu mak abah sy sampai ,,, seperti yg di jangka kan sy di hujani dengan soalan,,,,,,,,,,,
:( :( :(

nurse memberi tahu yg muhd telah di beri ubat tahan sakit dan akan tido mungkin smpi ke pagi,,, maka sy pulang bsama adik sy yg memandu kereta sy,,,dlm kereta sy hanya membisu dan bkhayal,,, sy batalkan niat utk bmalam di rumah mak sy dan memilih utk menginap di rumah kakak sy di gemencheh,, kerana awal2 pg sy ingin memandu utk ke hospital,, bimbang juga sy imran akan meragam dlm pjalanan yang jauh,,,

jam 6 stengah pagi,, muhd menelefon sy,,, suaranya seperti mana sebelum dia cedera... suaranya yg bsemangat membuatkan hiba sy hilang,,, sy btambah bsemangat ingin bjumpa dengannyaa,, zaki datang seawal jam 8 pagi dan membawa baby seat,, sy pinjam dulu,, jam 9 pagi selepas settle urusan sy dan anak2 sy btolak ke mahkota,,syukur imran lelap sepanjang pjalanan,,,

muhd ceria main angry bird,,seolah2 tiada apa2 yg blaku padanyaaa...
muhd di benarkan pulang dan tidak di benarkan makan melainkan susu sehingga hari selasa,,,,

ni lah part paling memilukan semulaa,,,dia merayu2 ingin merasa makanan yang di makan oleh kami2 semuaaa,,, lapar katanyaaa,, pabila tiba masa makan sy akan bawa muhd bjalan2 ke kedai , kami beli vitagen, air kotak dan kami berhenti di bawah pokok,, berehat2,,, sambil bercerita tentang burung, ulat gonggok,, agak2 semua yang di rumah selesai makan br kami pulang,,,,

sehingga waktu ini keluarga mtua sy masih belum di beritahu,, sepupu2 sy jugaa,,, ada yang btanya tapi sy belum bsedia utk menjawab,, sy masih trauma,,, sy masih sakit kepala,,, sy masih seolah2 murung,,, sy masih mengalami mimpi yg sama setiap malam........

 - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

*semoga sy pulih dr perasaan menyalahkan diri,, sesal di atas apa yg blaku,, kerna sy tahu impaknya adalah -ve,,,

Sunday, February 5, 2012

cerita kakak **UPDATED

pertama nyaa,,, sy juga merasa yg sy dah semakin malas nak menyemak2 di blog sy sendiri,,sy lebih suke melepak di 'rumah' org... walking2 aje .
tgk2.... sy baru aje nak ber blog dah si imran mengamuk.. yang pasti nya sy agak terkilan dgn sikap kawan2 kakak... ellehhh ngan budak kecik pun nak terasa??? haaaa tgu jap... kono sy tangguhkan dulu,,, sejak manjang kena tinggal dek ayahnya tiap2 minggu ni imran mmg dah kuat menangis, uiiiii...
ok,,,sy cuba utk cari masa lagi,,insyAllah


alhamdulillah, sy dapat masa utk meng update blog,,sebenarnya sy masih belum meng iron baju sekolah luqman,, tahun ni sy tak beli pun baju baru luqman,,, so baju yang dia muat hanya sepasang je,, lagi satu tu kecik dah,,tanda luqman makin besa dan makin tinggi,,,  bila sy nak beli, saiz pula dah takde,,,


sy masih ada satu lagi tugasan yakni melipat pakaian tapi nnt la sy buat,,, 


ok,,, sebenarnya sy mohon pada ibu2 atau ayah2 yang baca blog sy neh atau sesapa yang baca ni minta sampaikan pada ibunda dan ayahanda di luar sana,, smpaikan pada anak2 anda juga bahawasanya hormati hak rakan2 anak2 anda atau hormati hak org lain.... 


sebenarnya sy agak geram,,,sy adalah seorg peminat aksessori barangan sekolah,,, kadang2 sy lebih over bbanding kakak mirah atau abang luqman... sy suka belikan kakak peralatan2 yang cantik2 n comel,,, kadang2 sy teroka setiap kedai semata2 utk cari barangan kiut miut,,, hihihihihi


dari mula kakak sekolah tadika lagi sy mcm tu,,, tahun ni sy belikan kakak 2 pensel case princess yang sy rasa kalau la sy yang sekolah kompom sy rasa nak tido ngan pencil case tu,, kui kui kui... tapi kawan2 kakak ni agaknya tidak mendapat pesanan dari ibu bapa mereka,,, ohhhhh geramnya sy,,, kakak mengadu pada sy dengan linangan air mata,, menunjukkan pada sy kedua2 bekas yang satu utk perlatan menulis dan satu bekas lagi utk pencil warna,,, saja sy beli 4 kotak pencil dan sy masukkan semua nya dlm satu pencil case besa supaya semuanya tersimpan dengan selamat,,berbanding di dalam kotak yg mana kotak itu mungkin koyak/hancur... kawannya yang perempuan,, sy ulang lagiiiii perempuannnnnnn... telah menarik pensel case kakak dan terus merosakkan zip nya walaupun di rayu oleh kakak ,,, dah la di tariknya siap di cabutkan zip nya smpai tertanggal tu,,, dan bila kakak marah budak tu siap kata,,, "kau marah aku, aku adu kat abang aku".. hahaha,,, plak dah,,,,


di samping itu juga kakak ada pembaris cute tau,, pembaris tu boleh di lipat2 mcm pembaris siku L tu... makna nya ada 4 bahagian utk membuat garisan,,, 3 utk membuat garisan bercorak dan satu utk membuat garisan lurus,,, mahal??? takkk sy beli rm1 je,,, kawan dia patahkan dan campk dlm bakul smpah,,, kejam kan??? kakak xberani nak melawan,,, katnya sy pesan jangan buat org,, adehhh sy mmg pesan tapi kalau org dah buat kakak,,, kasi je la sekeh sket,, hihihihihi


pensel2 kakak plak sy beli yang ada spring kartun yang letak kat hujung2 pensel tu,, bila menulis berbuai2 je katun tuh,, hehehehhe,, korang buleh bayang tak????? sy buat semua ni sb sy nak bg dia minat belajar,, kami suke jalan2 ke kedai buku, kedai aksessori.... kedai rm1, kedai rm2.. semata2 utk mengintai2 aksessori lawa2 tuh,, kakak mmg suke,, bukanlah sy ingin memuji anak sendiri tapi sy amat suke dengan aktiviti kakak seharian *kalau dia tak jadi hantu tibi,, hehehehe
dia suke membaca,,,dia suke menulis, dia suke melukis, suke membuat corak2...suke melukis gambar2 dr buku atau mana2 gambar yg dia suka,, bukan tekap tau tapi dia tiru.... jadi sy beri galakan dengan cara itu...luqman pun sama,,, tapi luqman amat tegas,,, kawan2 dia mmg tak mengasa nak rembat barang dia,,, bu;eh pinjam tapi dia akan bdiri sebelah kawan dia tgu smpi abis guna dan sesapa rampas siap la dapat penumbuk atau buah tangan dr luqman,,, kadang2 sy risau juga takut2 sy di datangi oleh mak bapak budak tu,, sy penah minta maaf pada seorg penjaga yang anak nya kena tumbuk dengan luqman gara2 tak sengaja telah memijak kasut luqman,,, syukur penjaga itu memahami,,,


hah gunting plak sy belikan dia gunting yang buleh menggunting pelbagai corak, pisau nya boleh tukar2 lagi tu,, nak corak zig zag, berombak,,, ada belaka,,, tu lagi menjadi kemarahan kawan2 kakak,,, salah sy kot belikan barang2 mcm tu,,, 


so skg ni sy belikan kakak 5 pencil case 
yang ni bekas utk pensel warna kakak,,xde dah yang santik2 tu,,, asyik org dengki jek,,


bekas ni paling ok,, 


yang ni plak bekas peralatan menulis kakak,,


keychain plak dah selamat kono hancur kan dek kengkawan eh,,, sakai ke apa??? hahahahahaha...
jadi nya ada baki lagi 3 bekas mcm ni yang blainan warna,,ada biru,putih dan pink,,, kalau rosak lagi ganti ajo laaa,,, 


oklah,, banyak kali gak benti2 nulis ni sbb nya imran asyk terjaga jek,,
sekian dulu ye,,,
babai...

Thursday, January 5, 2012

sesi persekolahan 2012

salam... dan pagi yang indah mendung ni sy punya mood nak meng update blog,, lama boh tak update,, macam malas gitu,,
sebelum pegi jauh, sy tingin nak meng express kan ke tahap obsess an sy terhadap satu menda nih,,, sy amat meng impikan smartphone yang terbaik ketika ini yakni,,,,,,,,,,,, tadaaaaaaaa
galaxy SII,,exceli sy dah memiliki galaxy dah sebijik dan setakat ini mmg rasa mcm dah hebat sesangat dah performance nya... tapi sewaktu sy menonton drama baru Flower Boy Ramyun Shop di mana semua pelakonnya menggunakan phone yang sama,,, alahaiiiiiii mcm ter cun sgt plak nampaknyaaaaa... dlm Vampire Prosecutor plak pelakon2 menggunakan Blackberry tapi tak penah dlm ati nak pekenan ke blackberry,,mungkin dek shape eh kot,, pekenanan tahap masing2 la kot,, ngeeee... apo la kono mengono eh tajuk entry dengan gadget,, OPSO... huauhuahuahuhuahua

sebenarnya sy nak cerita perihal kakak sekolah ni,,, sy bangun mcm biasa ,, lewat2 pun kul 6 pagi,,sy siapkan sarapan selepas sy siap mandi dan solat,,,imran sy angkat dan letakkan di bilik kakak,,,almaklum la budak2 baya imran ni bangun nya memang awal dan amat peka,,,kita bangun dia pun cepat2 la angkat kepala sama bukak mulut,,, bising2 mau ikut,,,kakak pun sy kejutkan kul 6 pagi,,, dia mandi dan solat subuh,,, siap dia solat kami bjemaah makan ,,apa aje la yang sy hidangkan,,,anak2 yang lain mmg sy dah kejutkan,,, dan tiada tido semula lepas subuh,,pasal amak sy pun tak penah ajar kami adik beradik tido selepas bangun utk solat subuh,,, kehidupan sy banyak di pengaruhi dengan cara didikan amak sy,, semua org mcm tuu kan??? tak mustahil la apabila kita melakukan sesuatu yg org tak pekenan mesti akan ada bunyi " ni mak dia la yang ajar ni,, ni mak dia la ni,, biarkan.."... padahal nyaaaa... erm

ok,,, smacam2 sy pesan kan pada kakak,,, peraturan sekolah,,harapan sy, nasihat sy,,, bab peraturan sekolah  tu yang tak boleh blahhh,,, kalah guru displin sy punya penerangan... 3 hari sebelum kakak ke sekolah sy ajar dia cara nak menggunakan duit,,, 3 jari tu kami main jual2,, hehehehe... dia tak ret langsung nak guna duit,, hehehe
hari ptama sekolah kakak bawak rm1,,syiling laaa n sy bekalkan dia meehoon,, tapi bila balik sehelai pun tak di makannya,,, dia kata,,, kakak beli nasi ayam... adoiiiii.. melampau plak,,, sib baik rm1 jek,,ada nasi,ayam n sayur 
alahaii br nak start menjela2 imran plak moody dah kena kacau ngan muhd,,ok,, imran pun da terre bpusing2,,sib baik tak tgolek je dr katil..
k,,sekian dulu