Tuesday, March 20, 2012

muhammad amirul asyraf....

peristiwa berdarah kali ke dua yang sy alami,,, paling ngeri pernah sy alami,,
pada 17 mac 2012 yakni pada hari lahir kakak mirah yg ke 7 kami sekeluarga menyertai cuti2 pantai kundur,,, yang amat dekat dengan rumah kami,,pelbagai acara yg kami sertai

segala2nya bermula dengan baik dan kami mendapat 3 cabutan bertuah dr 6 nama yang kami hantar,,, acara  masih belum berakhir... kemudian suami sy mengajak kami [ulang dan kami bersiap2,,,

tiba2 muhd datang mendapatkan suami sy dlm keadaan mulut dan hidungnya keluar darah pekat yang banyak,,, sy panik, suami sy tenang dan segera mendapatkan bantuan 3 org doktor yang berada di situ,,, doktor cuba menyulluh mulut muhd dan doktor tidak dapat mengesan sejauh mana dalam nya luka yang di alami muhd memandangkan darah masih keluar dengan banyaknyaaaa,, sy sempat meninjau jenis material yang menyebabkan muhd cedera semasa suami sy bgegas membawa muhd bjumpa doktor,, sy melihat ada kesan darah pada lidi satey,,,, well known lidi satey skg ni di perbuat daripada buluh,,, ohh bisa nya buluh,,,,,

doktor menyarankan agar sy membawa muhd segera ke hospital,,, paling dekat dengan kami adalah hospital mahkota,,, syulur juga kami memandu viva ketika itu kerna fizikalnya yang agak kecil memudahkan kami melalui jalan bertentangan kerana kami ingin cepat smpi ofkoz dlm keadaan selamat... ada di kalangan pemandu yang memarahi kami ,,, walaupun kami memasang lampu kecemasan dan memberi lampu tinggi serta membuunyi kan hon,,,sungguh sy sedih kerna tiada kerja sama dr pemandu2 lain,,

sy mulai panik,,btambah panik apabila muhd tidak berhenti2 menangis, batuk serta darah segar tetap mengalir,, sy turut menangis ketakutan,,, luqman dan kakak turut menangis,, suami sy seorg yang amat tabah,,dia btenang walaupun dia sebenarnya dlm keadaan takut,,, baju suami di penuhi darah,, tudung sy jugaaa.. kerana sewaktu di dalam kereta sy memeluknya erat smbil sy menenangkannyaaa,, sewaktu dia hampir kalah dan seperti mahu terlelap cepat2 sy kejutkan dia,,, suaranya agak tenggelam kerna lelangitnya cederaaa,,,

sewaktu itu sy terasa amat menyesal,,sy bukan ibu yg baik,,saya sesal,,,,,, andai nyawa muhd terancam sy takkan memaafkan diri  atas kealpaan sy,,, pjalanan mengambil masa 30 minit kerna jalan yang sesak,, sy tidak berhenti2 menangis,,

sampai di hospital kami terus ke bahagian kecemasan,,suara tangisan muhd semakin perlahan,, darah semakin bhenti .... muhd di letakkan di atas katil dan nurse bertindak pantas membersihkan darah di mulut dan hidung,,, tapi satu yg menyedihkan sy,, bagaimana di bahagian kecemasan hanya ada seorg doktor???? seorang,,,,,,,,,,,,,,,,,, dialah juga yang mengiruskan mangsa kemalangan,, dia lah juga yang memeriksa pesakit yang demam tak elok2 ,,,, muhd dah hampir mau terlelap,,sy btambah kalut,,, dia tertidur dan nurse yang ada bkata yang muhd tidak apa2,, mungkin dia keletihan dan dia sedia memantau,,, sy di pangggil utk mendaftar,, sy terlupa nak bawa beg dompet sy yang segala dokumen sy dan anak2 ada pada sy,,, syukur suami sy ada membawa kad insurannyaa,,

petugas kaunter menyuruh sy mengisi borang,,, sy tak dapat nak menulis nama anak sy, nama sy,,,,, semua nya,, otak sy seolah2 kosong,,,, maka petugas kaunter yang memahami memberi sy ruang waktu dan menyuruh sy btenang dahulu,,, suami sy mengambil tugas mendukung imran yang tidur dan mengisi borang.. suangguh abang seorg yang tabah,,, tiada riak menunjukkan kelemahannya di hadapan sy,,, tapi hakikat nya dia mengakui yg dia amat sedih, amat menyesal dan menyalahkan diri juga,,,

selepas sejam **** lama sangat utk doktor melihat muhd,,, sy geram tapi apakan daya org yg kemalangan tu parah jugaa,,, :((
muhd di rujuk ke pakar ENT * ear, nose n throat
muhd di kejutkan dan sucktion di lakukan bagi menyedut darah2 beku dan darah yang masih btakung dlm mulut dan hidung muhd,,, muhd mmg kuat,,tiada tangisan langsung ,,, hanya akur menurut arahan doktor pakar,,,

luka agak besar dan dalam,,, maka pembedahan kena  di lakukan,, muhd di tahan di wad dan operasi di jadualkan jam 6 petang  .... sy ada mengambil foto nya ketika di wad kecemasan tapi laptop suami sy yang menggunakan UBuntu ni buat sy buntu,,xreti mana sy nak cari,,
nnt sy update lagi,,,

kemudian jam 5 stengah petang muhd di bawa ke OT dan sy memilih utk menarik diri dari btangjawab utk masuk ke dlm OT utk urusan bius,,, sy tidak sanggup,, melihatnya dlm keadaan ceria semasa di wad pun buat sy kecewa kerna dia cedera ini kan pula utk meilhatnya di pengsan kan,,sy tidak sanggup,, suami sy mengambil tempat,,, suami dan muhd masuk jam 5.55 petang,,,, lama lepas tu dlm jam 7.15 malam baru suami sy keluar dn katanya muhd dah di pengsan kan procedur akan di mulakan,, melalui skrin di monitor,, status muhd masih lagi waiting sehingga la hampir jam 8.. baru btukar ke IN POGRESS,,, sy bdebar2 menanti,,sy tak bganjak dr situ,,, jam 8.15 suami sy masuk dan menanti di dalam ruangan dlm,,,sy masih di luar,,, kakak,adik dan ipar sy ada bsama,,

sy masih tidak memberi tahu keluarga MIL sy,, kami tidak bsedia,, belum bsedia,, kami sendiri kalut,,, panik,,sy inform adik sy supaya dia datang mengambil sy supaya sy dpat mengmbil kelengkapan muhd,,, belum sempat sy bpesan supaya rahdiakan dr pengetahuan mak dan abah yang berada jauh di kuala kubu dia dah telefon semua adik beradik dan mak abah,, maka bgegas semuanya datang ke melaka,,, kesian mak abah sy ,,, kerisauannya tahap maksima,,,

jam 9 lebih sy terdengar suara tangisan muhd dari luar, nurse dr wad kanak2 pun da sampai utk mengambil pesakit dr wad nya,, nurse tu bgtau yg muhd dah sedar dan da siap utk di bawa masuk ke wad semula,,, suami sy mendukung muhd keluar dr pintu OT,,, muhd masih menangis dan memanggil2 nama sy,, matanya masih tertutup,, ya allah,, sy menangis kembali,, dia peluk sy erat,, imran dah di bawa oleh anak buah sy dan dia seakan memahami , tiada mebuat perangai,,,syukur ramai yg ada semasa itu walau pada awalnya sy pesan jgn bgtau sesiapa dahulu,,

sewaktu sampai di wad bnombor 605A muhd masih menangis dan nafasnya seakan mendengus,,, nurse menerangkan pada sy ini adalah normal bagi sesiapa yang sedar selepas mengalami pengsan semasa operasi,,, sy peluk dia dan saat tu mak abah sy sampai ,,, seperti yg di jangka kan sy di hujani dengan soalan,,,,,,,,,,,
:( :( :(

nurse memberi tahu yg muhd telah di beri ubat tahan sakit dan akan tido mungkin smpi ke pagi,,, maka sy pulang bsama adik sy yg memandu kereta sy,,,dlm kereta sy hanya membisu dan bkhayal,,, sy batalkan niat utk bmalam di rumah mak sy dan memilih utk menginap di rumah kakak sy di gemencheh,, kerana awal2 pg sy ingin memandu utk ke hospital,, bimbang juga sy imran akan meragam dlm pjalanan yang jauh,,,

jam 6 stengah pagi,, muhd menelefon sy,,, suaranya seperti mana sebelum dia cedera... suaranya yg bsemangat membuatkan hiba sy hilang,,, sy btambah bsemangat ingin bjumpa dengannyaa,, zaki datang seawal jam 8 pagi dan membawa baby seat,, sy pinjam dulu,, jam 9 pagi selepas settle urusan sy dan anak2 sy btolak ke mahkota,,syukur imran lelap sepanjang pjalanan,,,

muhd ceria main angry bird,,seolah2 tiada apa2 yg blaku padanyaaa...
muhd di benarkan pulang dan tidak di benarkan makan melainkan susu sehingga hari selasa,,,,

ni lah part paling memilukan semulaa,,,dia merayu2 ingin merasa makanan yang di makan oleh kami2 semuaaa,,, lapar katanyaaa,, pabila tiba masa makan sy akan bawa muhd bjalan2 ke kedai , kami beli vitagen, air kotak dan kami berhenti di bawah pokok,, berehat2,,, sambil bercerita tentang burung, ulat gonggok,, agak2 semua yang di rumah selesai makan br kami pulang,,,,

sehingga waktu ini keluarga mtua sy masih belum di beritahu,, sepupu2 sy jugaa,,, ada yang btanya tapi sy belum bsedia utk menjawab,, sy masih trauma,,, sy masih sakit kepala,,, sy masih seolah2 murung,,, sy masih mengalami mimpi yg sama setiap malam........

 - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

*semoga sy pulih dr perasaan menyalahkan diri,, sesal di atas apa yg blaku,, kerna sy tahu impaknya adalah -ve,,,

3 comments:

  1. saba la zaidah..bukan ko yg salah dah takdir tuhan nk mcm tu..apa2 pn jaga la dia baik2 supaya lekas sembuh.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak long,,, sy tahu yg kejadian tu bukan salah sy tapi sesal tu buat sy rasa mmg sy yang salah,,,
    :((((

    ReplyDelete
  3. Berair mata acu bila baca cerita ayang nih.moga muhd cepat2 sembuh.semua ibu berusaha nak jadi supermom termasuklah acu,tp kadang kala kita tak mampu nak mengawal,memantau semua aktiviti anak2 kita,jadi berhenti dari menyalahkan diri....moga kalian sekeluarga tabah.

    ReplyDelete