Tuesday, June 7, 2011

hati sy gundah gelana...

semenjak sy mengecat rumah sampai la asyik travel jauh2 tiap2 minggu membuatkan sy kepenatan,,, apabila sy menyatakan kepada misi di KK tadi bahawasanya sy telah mengecat seluruh rumah maka ter kejut nau misi tu,,, amatla bahaya pada kesihatan sy,,, tapi sy bukannya buat teruk2 pun,,,
alkisah hari ni sy ke klinik walaupun appmnt sy patutnya khamis ni... tapi sy pegi awal kerna suami sy tiba2 akan ke kl semula utk training... arghhhh rasa ter duduk ,,, sy mmg penat, sy baru ke ipoh pada hr jumaat dan pulang ke melaka hr ahad malam,,, isnin rehat tapi masih kepenatan n selasa nak balik semula ke KL dan akan ke pahang pada hari jumaat hingga ke hari ahad,,, mana lah sy tahan,, agaknya dah gravid banyak ni makanya mmg letih n penatnya lain macam la kan,,,
sy melihat ramainya budak2 praktikal kat klinik ni,,, huishhh tak senang hati sy di buatnya kerna sy mmg agak menyampah tak sesuai dengan mereka ni,, selalu bagi sy result yang menyakitkan hati sy,,, sy datang seawal jam 7.25pg dan dapat no giliran ke 4... menunggu mereka mencari2 kad di kaunter dah hampir jam 8.45pg,,, haii geramnya sy... apabila sampai giliran sy mereka memeriksa tekanan darah sy,, erm memmang tepat pun tekaan dlm hati sy nih,,, ade ke bacaan nya 143/92... arghhh geram sy,, maka sy request utk guna peralatan manual... alhamdulillah normal,,, mcm masa sy mengandungkan luqman merekalah yang membuatkan sy di kunjungi tiap2 2 hari sekali di rumah oleh misi,,, konon2 BP sy tinggi,,, bila misi tu datang rumah bacaan BP sy tetap 110/70.... mereka ketepikan kad sy .. haiii sampai bila plak diorg nak submit ke makmal nih,,, takkan no 4 sy nak kena balik dekat2 kul 12 plak,,,, selalunya jam 8 stengah selesai dah urusan sy, lagi pun di rumah suami sy menunggu anak2,,, last2 sy minta kad sy n sy hantar sendiri ke makmal,, kalau tgu diorg bilo lah agaknya,,, kemudian result HB sy turun semula ke 11.6 dr yang sebelum ni yakni 12.7.... errr sebelum tu berat sy naik 100 gram aje,, aphal???? entahhhhh..... sewaktu di periksa oleh nurse plak diorg tak jumpa kepala anak sy,,, cesss bikin suspen,,, jantung plak bila letak scan tu kat atas baru jumpa n diorg suspek anak sy breech,,,, waaaaa sy di refer ke dktor.... dan doktor scan ,,, kompom anak sy songsang,, patut la dr semalam sy rasa tendangannya di bawah,, bukan di atas sebelah kanan seperti selalu2nya... erm, sy masih punya masa 10 minggu,,, skg udah 30 minggu,,,, sy di kehendaki datang semula utk scan pada 5 julai nnt,, dan andai kata masih songsang maka sy akan di refer ke spital,,pilihan sy opkoz spital pilah.  anak, kenapa kamu songsang.... apakah dlm keresoonokan kamu berpusing2 hingga kamu lupa akan kedudukan asal kamu??? hehehe... kepala kamu mesti di bawah ye dan kaki kamu di atas,,, tu lah kedudukan sepatutnya n kalau kamu berterusan begini sehingga kamu 38 minggu maka kita akan bertemu mengikut tingkap.. paham kan maksud ibu??? huhuhuhu.. masih ada masa,, kamu berseronokla berpusing2 dan menendang2 dinding perut ibu tapi jangan lupa ye kembali pada kedudukan sepatutnya,,,, pergerakan kamu membina keterujaan ibu tapi bila mana ibu merasakan tendangan kamu di bawah maka hati ibu amat gundah gelana,,,
oklah,,, rasa nya cukup la setakat ini dahulu,,, rasanya td mcm sy terdengar azan asar, tapi elokla sy bhenti dan bersiap2 utk solat asar...
sekian....

p/s: hr ni KK tu ada bukak jualan plak,,, kek apollo, nugget dan biskut stick perasa strawberry n coklat,,, sib baik sy tak bawak anak2,, kot tak maun abis duit den!!!!!

No comments:

Post a Comment