Tuesday, May 3, 2011

2 dan 3 Mei 2011

assalamualaikum,,, 
hari ni agak kelapangan untuk menulis blog,,, 
2 mei 2007 yang lalu adalah hari lahir anak sy yang kedua, amir luqman di hospital tunku ampuan najihah, kuala pilah dan semua anak sy menempah di hospital yang sama (read: mempunyai surat refer di hospital yang sama)... sy di tempatkan di wad kelas 1 dengan harapan dapat ber privasi apabila sedara mara datang melawat dan kemudahan sy utk bsolat memandangkan sy datang bukanlah di sbbkan sakit atau turun tanda,,, sy sehat wal afiat jadi kewajiban sy dengan Allah kena sy tunaikan juga,,, sy tidak di benarkan keluar ke surau atas faktor keselamatan pesakit,,, tapi buleh je kalau nak tumpang bilik solat SN kat sana tapi mcm kepayahan nak menyatakan hasrat ingin bsolat,,, semasa sy di admited utk bsalinkan kakak mirah juge bsama surat refer itu, sy di tempatkan di kelas 3 kerna sy tiada pengalaman di hospital,,, jika sy berseorangan agak kalut juge sy,,, tapi sy tak sempat nak solat zohor kerna sewaktu sy ingin menunaikan solat zohor ada 'show' yakni darah jadi sy tak jadi nak solat,, 
berbalik pada luqman tadi,,, setelah 7 hari tidak bsalin juga sy di IOL kan pada jam 8 pg dan bsalin pada jam 12.09 tengah malam... sakit??? sakit????????? biras sy yang doktor pakar itu sendiri mengatakan tidak dapat nak membayangkan bagaimana sy buleh tahan dengan kesemua anak sy di IOL kan,,, sakit yang lama, syukur sy luqman di lahirkan seberat 2.84kg sahaja,,, (kakak 2.28kg dan muhd 3.25kg,,erkkk)
skrang ni luqman dah 4 tahun dan memegang title abang besar di dalam keluarga sy,, sy tidak dapat utk melihat talent sebenar dalam diri luqman,, kerna apabila sy memberinya pen atau kertas sy tidak penah melihat dia menulis sesuatu yang buleh sy kata ini lah yang dia pelajari di sekolah,,, tetapi result peperiksaan yang baru2 ni luqman dapat no 2/15 ,, sy melihat report card nya,, alhamdulillah semua nya A+ belaka.. sy sengaja menanyakan apa kehendak soalan di kertas peperiksaannya,, dengan selamber (gaya blagak la jugak) dia menerangkan kehendak soalan... benarlah  kata ibu sy,, anak2 lelaki ni performance nya tak dapat di lihat dlm bidang akademik sseperti anak perempuan,, bbanding dengan kakak mirah yang setiap hari akan blatih membaca n menulis ,,, mungkin salah satu faktor tulisan kakak agak cantik dan kemas bbanding luqman,,, kakak dapat hadiah tau dlm kebersihan keje sekolah dia,,, hehe
luqman dan kakak baru balik dr klinik gigi di tanjung kling melaka,, gigi mereka ada yang pecah, ada yang berlubang dan gigi kakak dah tumbuh gigi kekal (kakak mirah kata:gigi dewasa)
sy amat resah menanti di rumah,,, takut2 mereka membuat drama di klinik tu,, pukul 3.00ptg dah sampai umah,,, luqman tersengeh2,, manakala kakak menggigit kapas,,, tetiba bgenang plak air mata sy,,, entah kenapa rasa sayu plak melihat kakak... luqman tidak membuat apa2 bising di sana,, gigi di tampal dan dia memberitahu bahawa lubang 'ulat gigi' tersebut telah di tampal, dan dia rasa sgt gembira sbb ulat tu tak dapat nak masuk gigi dia lagi,,, hehehe,,, 
kakak pulak, di tampal buat kali ke dua gigi nya dan satu gigi nya terpaksa di cabut kerana telah tumbuh gigi dewasa,,, jeritan kakak??? membuatkan kanak2 yang ada menanti giliran merasa gerun,, hihiihihihihi..


3 mei 2011
hari ni sy genap 30 tahun dan sy menelefon amak di kg,,, memberitahu bahawa sy udah menginjak 30 tahun,, terdiam sy sebentar,,, memikirkan bahawa sy telah membesar selama ini di berkat bimbingan amak,,,, semoga umur sy di berkati Allah selalu,,, hari ini juga kebetulan anak2 sy tidak bsekolah kerana sekolah anak2 di masuki air akibat hujan yang terlalu lebat malam tadi,,, pagi tadi sewaktu sy lalu di PASTI, kelihatan sejadah2 yang di gunakan utk latihan anak2 ber solat, langsir, alas2 meja telah ter sidai di pagar sekolah,,, tidak di kethaui nasib peralatan elektrik pula,,, buku2 mereka,,,, erm,, andai kata semuanya rosak teruk sudi sy membantu nya dengan apa yang sy ada,,, oh ya,, sy membawa anak2 sy ke zoo melaka,,, budak2 kan suka tgk binatang... lagi pun dekat dengan rumah sy, waktu org bkerja pastinya tiada masalah crowded dengan manusia2 yang nak naik tramp atau yang nak tgk animal show,,,, muhd, luqman dan kakak sgt teruja,,, oleh kerana pelawat tidak ramai maka nya pakcik tramp sudi memperlahan n berhenti di mana2 tempat2 yang menjadi tumpuan kanak2 ,,, suka nya anak2,, sy pun tumpang heppi kerna sy dapat meng hepi kan mereka,,, duit tiket sy dah mintak awal2 ngan ayah diorg, alah... kos utk tiket RM11 jek yakni RM7 utk sy dan RM4 utk kakak,, hihihihi,, simpanan sy pasti nya sy ada agenda ter sendiri,,, ahaksss.... 
pukul 12.20 tghari kami check out dr zoo dan sy izinkan la ank2 sy rembat cenderahati yang terjual di situ,, luqman ofkoz dia pilih katak, kakak pilih key chain yang seperti yoyo tapi ber bentuk kartun beluncas yang siap ada loceng,, comel sesangat,, muhd tak ber minat dengan semua tu,,dia hanya menuju ke arah lego.... sume sekali :RM14... 
rasanya cukup la setakat ini dulu,, menyususl selepas ini di bulan Mei ini adalah hari lahir Muhd pulak yang jatuh pada 16 Mei 2011 dan ayah kepada anak2 sy, suami sy pada 9 june 2011 yang akan datang... errr utk event malam ni sy dah request nak mamam2 di Port Supai,,, tak tau le, tgk pada kelapangan suami sy jugek,, kot2 dia kena stay sampai malam,,, makan ikan goreng je la,, mcm malam tadi kami makan maggie spesel utk luqman sbb xdo letrik,,, 
xoxoxoxo
ok,, rasanya cukuplah takat ni dulu,,,

No comments:

Post a Comment