Tuesday, April 26, 2011

7 years back dan sekarang,,,


sebelum ni sy ada wat entry tapi tetiba takleh nak puslish sbb anak sy tekan apa ntah langsung hilang,, di ruangan draft pun yillek,,,
ok,,,
salam....
7 tahun 2 hari yang lalu, sy di akad nikahkan dengan suami sy yang terchenta,,, amiruddin mustapa... bukanlah jejaka idaman malaya tapi dia telah di jodohkan utk sy dari awal2 lagi,, sy bersyukur di pertemukan dengannya,, meskipun bukan dr golongan blatar belakangkan pendidikan ugama yang kuat tapi memadai membimbing dan mengingatkan sy yang mmg di lahirkan dlm keluarga yang kesemua adik beradik serta ibu bapa beraliran ugama kecuali abah yang english school di seremban dahulu,,,

nak tau?? ada kawan yang jahat mulut memberitahu pada seseorg bahawasanya lelaki pilihan sy bukanlah seorg yang sempurna,,, tempang plak tu,, by the way, pada puan X, sy nak kasitau ye suami sy asalnya bukanlah di lahirkan begitu,, suami sy melalui saat antara hidup dan mati... dia asalnya seorg lelaki yang sasa serta kurus tetapi Allah telah mentakdirkannya terlibat dlam kemalangan setahun sebelum sy dan suami di pertemukan,,, makanya sukalah sy mengingatkan,,, suami puan X pun nampaknya amatlah sempurna penciptaannya dan tak mustahil sesiapa sahaj abuleh di uji seperti suami sy,, jadi hati2lah ketika mengeluarkan mutiara dr mulut anda!! mugkin X tak sangka yang kawan yang dia sgt percaya tu takkkan bgtau sy tapi,,, sy tahu juge,, hehehehe,,, oh ye, untuk update terkini, suami sy dah removed plate besi pada peha nya dan keadaan  kesan dr xciden yang ngeri itu dah hampir tidak ketara kesannya ,,, so X,,, buleh la buat sebaran ni ye,, hehehehehe,,,
ok ok,,, terus pada babak 7 tahun sy,,,, sy sebenarnya tak sangka pada majlis nikah hingga lah ke resepsi,, ghamai pulak kawan2 yang datang meraikan,,, arfah, awin, ina hashim, maimunah,adi,,, n ramai lagi,,serta yang paling best geng2 UIA datang satu bas!!! ahhaiiiiiii so happy laa.. terima kasih atas doa kalian, hadiah2 yang kalian bg ada yang masih dalam simpanan , ada yang tengah di gunakan dan ada juga yang telah selamat menemui ajalnya,,, pecah berderai atau rosak,,, huhuhuhuhu
sepanjang 7 tahun ni sy di kurniakan 3 anak, 2 lelaki dan seorg perempuan ,, dan sy bakalan bersalin anak ke 4 pada ramadhan akan datang ni haaa,, bmakna 4 org kesemuanya setakat ini,,, mudah2an amin!!
anak sy yang ptama, perempuan,,,, lahir setelah setahun kami di nikahkan,,, masa tu sy tidak sempat utk peperiksaan tahun ke 3,,, sy maik course 4 tahun setengah ye,,, amirah nama di beri,,, anak sy ni alhamdulillah dah btudung kemana sahaja dan solat setakat ni belum ada yang miss,,, memula tu ON OFF jugek,,,, tetiba sy terbaca tentang cara mendidik anak solat,,, dr ustaz zawawi tak silap,, kemudian wardina pula,,, key paling utama,, mcm mana lewat atau penatnya mereka dont ever give them excuses to skip solat,,, yes!! itulah yang sy amalkan,,, setiap kali lepas solat kami akan memuji nya dan mendoakan terus secara face to face sambil memeluk nya atau mencium nya supaya dia menjadi anak solehah dan terus berterusan dlm beribadat,,,, bertudung pun sama,, sebenarnya cara anak sy bpakaian amat di pengaruhi oleh anak2 kakak sy,,, kakak sy ada 5 org anak perempuan antara 16tahun-6tahun dan seorg anak lelaki yg berumur 3 tahun,, anak2 kakak sy semuanya bertudng,,, dan mereka juga kerap mengajak amirah ke mana2 dan akan memberi amirah sehelai tudung mereka utk di pakai,,, dan lagi satu habit aamirah dia suka nak kut sy  kemana sy nak pegi hatta menyidai pakaian sekalipun,, kakak sy bgtau sebelum dia nak keluar ikut sy ajarkan dia btudung,,,, amirah skg ni dah jadi kebiasaannya keluar rumah akan ber tudung tanpa di suruh,,,
amirah juga amat malu memakai gaun ,, anak2 kakak sy akan  memakai gaun tetapi dengan seluar panjang,, maka amirah yang membesar di kalangan anak2 kakak sy ni akan memakai gaun dengan seluar panjang hingga sekarang,,,, dia takkan memakai gaun sahaja kerna ayahnya pun sama gak ,,, amik bahagian,, bila mana amirah memakai gaun ayahnya akan mengejek,,, "nampak peha la,, nampak underware laaa"... so dia pun segan kemain,,,
si luqman dan muhd plak,,, dua2 ni amat suka bgurau,,, secara kasar!! ya ampun!!! peningnyaaaa,,, sepanjang abang di sekolah, muhd memaksa sy ber lawan dengannya dengan membuat provoksi seperti menarik rambut sy, mengetuk kepala sy, menggigit sy,,, apabila sy marah,, dia sgt suke,, mcm tu lah pulakk
apabila ayah balik mereka2 ni sepertii bertahun2 tidak bertemu,,, terus ligan ayahnya,,, belum pun hilang penat bekkerja kena layan anak2 pula... sbb tu lah sy akan pastikan rumah sy clear sebelum jam 5,,, sy tak sampai hati melihat dia kepenatan melayan anak2 dan melihat umah yang bersepah lanaaaa... oh ye, sy menulis ni sementara menunggu suami sy pulang dr opis,, dia ke pejabat sbb ada urgent,, semasa kami pulang dr wonderland melaka tadi kami melihat api dr 2 menara petronas tu mengeluarkab asap hitam tebal,, selalunya hanya api sahaja,,xde asap langsung,,, bmakna something wrong telah blaku,,suami sy sempat update di fb nya dengn mengatakan bahawa satu plant petronas xde elektrik n semua pekerja2 staff PPM dah turun,, yang keje kat plant ajo la kot,,,, uii buek eh ter bakau ke apa ke umah den dokek jo ngan petronas ni haaa,,,,,,
sy dah siap mengemas umah sebelum tulis blog nih,, sy da siap iron baju skolah luqman dan iron tudung skolah kakak mirah,,,
haaa kakak mirah dah dapat surat lantikan yang dia ter pilih utk perlawanan bola jaring perigkat sekolah PASTI zon Tangga Batu pada sabtu ni,, posisi kakak GK,,, huishh berbeza tul ngan posisi sy dulu,, masa di sekolah, sy mula bmain dr darjah 2 dan posisi sy adalah antara C dan WA/WD... selalunya C laaa...
oklah,,, sebelum sy mengakhiri tulisan di blog ni sy mintak maaf la klau bahasa sy kekdang ada yang tidak dapat di terima oleh org lain,, tapi apa buleh buat,, ni kan blog sy,, sy leh wat apa sy suke kan kan kan??? heheh
sy juga bharap dan bdoa yang hubungan kami ini berkekalan hingga hujung nyawa kami dah di temukan di syurga Allah kelak,,,, sy terima baik buruknya dr awal sy di ijab qabulkan dengnnnya pada 24.4.2004 yang lalu,,, 7 tahun pelbagai warna ada pada kehidupan kami,, semuanya menjadikannya lebih indah dan mematangkan kami,,, anak2 amanah Allah ini akan kami pelihara, kami jaga, kami didik, kami besarkan dengan sebaiknya dengan ilmu yang sebaiknya,,
suami sy pun dah pulang,,, sy nak g buka pintu ni
wassalam....

1 comment:

  1. tahniah la zaidah..mudo lagi dah ada anak 3..hehe..semoga bebahagia sekeluarga..

    ReplyDelete